Monday, 18 April 2016

MY RAINBOW

Pelangi indah. Menghiasi segala kehidupan aku untuk mencintai insan nurani. Tahu lah tidak semua warna yang terdapat antara pelangi warna kesukaanku. Itu adalah umpama peristiwa pahit ku yang tidak ingin untuk diingati dan mempunyai warna kegemaran ku seumpama peristiwa manis selama aku hidup 21 tahun, aku berpijak pada bumi yang nyata. Namun, apabila ia disatukan terciptanya kenangan aku yang terindah. Mengurai kebasahan pipiku saat merindui kenangan dahulu. Bermacam yang harus dihadapi untuk meneruskan hidup. Kehidupan seperti anak terbuang jauh dari perantaraan, hilang dari cahaya kehidupan sebenar. Tetapi Kini, kau hadir menghiasi kehidupan aku kepada yang lebih indah. Tidak terkeluar bahasa ku saat kau menyapa, terpaku di bumi seakan waktu terhenti, nafas aku semakin laju. Mahu melihat tetapi tidak terdaya kerana didinding oleh malu. Memberi aku inspirasi untuk menjadi lebih baik. Menerima segala kekurangan yang jauh lebih banyak dari kelebihan. Namun kesyukuran tidak pernah ketinggalan di hati kerana dikurniakan si hati nurani yang jauh lebih baik dari si kerdil ini malah sangat jauh untuk dibandingkan siapa aku. Segenap waktu memikirkan dan memberanikan diri untuk merungkap segala luahan hati kepadanya. Ketar jari mariku untuk menulis, terkunci mulutku untuk berkata-kata, terpadam fikiranku untuk mencipta. Namun sekian lama Kelegaan terasa selepas memaksa diri meluahkan segala yang terbuku dihati. Aku tidak memaksa untuk menerima siapa aku tetapi izinkan aku mencintai mu kerana Pencita Yang Maha Esa duhai Puteri ku Sayang. terima kasih kerana membuat aku tersenyum selalu dengan kenakalan mu yang tidak menjemukan hati ini. Membuka tabir senyumanku, menutupi ruang kegelapanku untuk terus berdiri mencintai Yang Satu. Terima kasih kerana sudi mendengar luahan dari hatiku hina ini yang ingin mekar untuk teguh melawan, hidup dan segalanya. Menyayangimu satu kewajipan, mencintaimu satu kebahagiaan yang menghidupkan pengharapan. Terima kasih untuk segalanya walaupun masih dalam perkenalan. Terimalah aku yang tidak seberapa ini. Seorang anak muda yang bercita-cita tinggi memerlukan sedikit semangat untuk terus maju. Aku mendoakan segala yang terbaik untukmu. Agar kita dapat ' berkawan sampai kahwin'. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment