Kasih
Kenanganku ingatkah saat-saat dulu
Kasih
Apakah dirimu
Merasakan semua itu
Ke manapun langkah ku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan ke manapun arah angin ku berlari
Hati ini masih kau miliki
Yang selalu mencintamu
Selalu tanpa ragu
Aku yang mencinta kamu
Hanya dirimu
Kerana cintaku
Tak berbatas waktuku
Kerana cintaku
Tak mengenal jemu hatimu
Friday, 21 April 2017
mencintaimu
Thursday, 20 April 2017
kegembiraan
kau pemacu senyuman aku terukir. tanpa perlukan kata kau sudah hiasi senyuman ku dengan melihat raub keceriaan di seri wajahmu duhai sayang. menatap kasih seorang y amat dicintai. semoga kau sentiasa dengan ku sehingga ke akhir hayat. Hanya pada Mu aku berserah. Kau jadikan kami suami isteri yang halal dalam melaksanakan kewajipan seorang islam untuk membawa insan teristimewa ini ke syurga. kasih syg ku pada mu tiada banding nya. hanya kamu yang sentiasa dihati. duhai sayang
tiada seorang pun yang mampu
senyumannya kembali diukir dan hanya Allah yang tahu akan kegembiraan ini. Ia mampu mengubat rinduku ini yang sudah lama bertapak ditinggalkan usang. Hanya kamu yang aku cintai dan hanya kamu yang sentiase aku kasihi seumur hidupku. tiada ungkapan yang mampu mengembirakan hati ini melainkan hanya dari kamu duhai syg. siulan angin mampu di rasa, ombak memecah pantai sudah menjadi nadi kehidupan dan kamu adalah yang membantu aku hidup. sayang..
Wednesday, 19 April 2017
dosa
Manusia akan lebih mengingati dosa org terhadap dirinya dan melupakan sejuta kebaikan yang diperolehi dengan mudah. Kerana itu manusia memang tidak pernah cuba untuk menghargai. Manusia mana yang sempurna? Yang boleh menyempurnakan setiap kenalannya dengan tanpa sedikit kecacatan. bolehkah? Hanya Allah S.W.T yang tahu siapa hambaNya. Tapi penerimaan ku tidak pernah pudar dengan semua yang dibicarakan supaya setiap orang berpuas hati dengan keegoaannya. aku hanya mampu mendengar dan menunduk seperti org yang dihentap dengan sebesar dosa. Hina sungguh akan diriku umpama pengemis yang dihalau untuk meminta sedikit makanan. Itu lah yang dapat ku rasa kan selama aku hidup. mulut hanya boleh berkata bahagia tapi hati Allah yang tahu. hari demi hari, semakin suram bahagianya, semakin cacat akan cintanya, semakin pudar kau melihat akan kasihku. tak mengapa duhai kawan, aku mengerti dan redha apa yang telah kau impikan. supaya kau selalu berbahagia semasa aku cuba untuk berjauhan. semoga kau akan sentiasa senyum selepas aku tiada lagi untuk menyambut tangan ketika jatuhmu, menyokong setiap kejayaanmu, mengubati keresahan hati, tidak lagi aku sentiasa memberi kasih yang sepenuhnya seperti sebelum ini. semoga kau mampu terus bangkit tanpa aku. Ini kerana aku yang menjadi penyebab kau jadi seperti hari ini. maafkan aku duhai kawan.
Siapa yang tahu
Hati itu tersembunyi. Hanya Dia yang maha Mengerti hambaNya. Tiada siapa akan tahu isi hati seseorang melainkan diluahkan. ohh hati teguh lah dikau merintangi ujian ini demi seorang yang teristimewa. Tiada yang dapat membuat aku tersenyum dengan kenakalannya, tiada siapa yang mampu menandingi manjenya. tiada siapa yang mampu mengalahkan kesempurnaannya yang bagiku adalah terindah. Kenangan yang terbina walau pahit atau pun manis tetap terngiang berlari dalam minda ku. Tidak patah retus dibawa waktu kerana dikau salah satu kehidupanku. membawa sejuta makna yang indah bak bintang berkelipan yang menghiasi keindahan malam seperti mana dikau membawa kebahagiaan kepadaku, menyinari malam sepi umpama bulan mengambang seperti mana dikau membawa senyuman kepada ku. Menutupi kesakitan hidup yang menimpa diriku ini umpama awan melindungi langit supaya terus membiru. terima kasih duhai syg. tiada siapa yang aku mahu selain kamu. Setiap lafaz yang ikhlas hanyalah pada mu. Meski pun kesakitan terselit dalam cerita ini tetapi ianya adalah sebuah kepahitan yang akan terbinanya suatu kemanisan. Kau tunggulah aku menjadi imammu. untuk melengkapi satiap hidup hidup mu di samping melengkapi hidupku. kau lah bidadari teragung. tiada tandingan kerana yang aku mahu hanyalah kamu. hanya lah KAMU.
Tuesday, 18 April 2017
kekasih
satu ketenangan yang hadir dari hati yang suci. Satu nilai kemanusiaan hadir dari perasaan kasih dan sayang. Cinta yang membantu manusia untuk melakukan apa sahaja. Inilah kisah aku yang bermula apabila hadirnya cinta untuk diberikan dan berimpikan supaya dicintai oleh seorang yang bergelar TERISTIMEWA. Kadang kadang cintaku ini mempunyai cacatnye, mempunyai kerapuhannya apabila melihat kau tersenyum di pangkuan yang lain dan bukan diriku. akan tetapi, itu bukan salahmu tapi yang berpunca dariku sendiri. Yang masih berfikiran keanakan. Tindakan yang boleh meleburkan kepercayaan orang yang aku cintai. kepada org yang aku puja setiap hari. orang yang aku kasih sepanjang masa. Perkataan menyesal telah hadir dan mungkin tidak dikasihani sekiranya hadirnya muak dalam hatimu perkataan maafku. Aku mulai sedar dalam percintaan sebenarnya bukan perlukan kejujuran, kepercayaan n so on. Tapi hanya perlukan Allah yang boleh membolak balikkn hati manusia. Hanya padMu aku berserah, memita segala keampunanan dan meminta segala yang diinginkan. Berjuta maaf akan ku pinta, biarlah tanggungan susah pahit di kuburkan dihati kerana itu dari silapku yang jua menghampakan mu. Seharusnya, aku yang membawamu melihat keindahan ketenangan setenang arus kecil yang bergembira menuju ke pantai. Air yang merintangi ombak ombak deras tapi tetap tidak berputus asa kerana percayalah cinta keranaNya tidak akan pernah pudar. in sya Allah.