satu ketenangan yang hadir dari hati yang suci. Satu nilai kemanusiaan hadir dari perasaan kasih dan sayang. Cinta yang membantu manusia untuk melakukan apa sahaja. Inilah kisah aku yang bermula apabila hadirnya cinta untuk diberikan dan berimpikan supaya dicintai oleh seorang yang bergelar TERISTIMEWA. Kadang kadang cintaku ini mempunyai cacatnye, mempunyai kerapuhannya apabila melihat kau tersenyum di pangkuan yang lain dan bukan diriku. akan tetapi, itu bukan salahmu tapi yang berpunca dariku sendiri. Yang masih berfikiran keanakan. Tindakan yang boleh meleburkan kepercayaan orang yang aku cintai. kepada org yang aku puja setiap hari. orang yang aku kasih sepanjang masa. Perkataan menyesal telah hadir dan mungkin tidak dikasihani sekiranya hadirnya muak dalam hatimu perkataan maafku. Aku mulai sedar dalam percintaan sebenarnya bukan perlukan kejujuran, kepercayaan n so on. Tapi hanya perlukan Allah yang boleh membolak balikkn hati manusia. Hanya padMu aku berserah, memita segala keampunanan dan meminta segala yang diinginkan. Berjuta maaf akan ku pinta, biarlah tanggungan susah pahit di kuburkan dihati kerana itu dari silapku yang jua menghampakan mu. Seharusnya, aku yang membawamu melihat keindahan ketenangan setenang arus kecil yang bergembira menuju ke pantai. Air yang merintangi ombak ombak deras tapi tetap tidak berputus asa kerana percayalah cinta keranaNya tidak akan pernah pudar. in sya Allah.
No comments:
Post a Comment