Wednesday, 19 April 2017

Siapa yang tahu

Hati itu tersembunyi. Hanya Dia yang maha Mengerti hambaNya. Tiada siapa akan tahu isi hati seseorang melainkan diluahkan. ohh hati teguh lah dikau merintangi ujian ini demi seorang yang teristimewa. Tiada yang dapat membuat aku tersenyum dengan kenakalannya, tiada siapa yang mampu menandingi manjenya. tiada siapa yang mampu mengalahkan kesempurnaannya yang bagiku adalah terindah. Kenangan yang terbina walau pahit atau pun manis tetap terngiang berlari dalam minda ku. Tidak patah retus dibawa waktu kerana dikau salah satu kehidupanku. membawa sejuta makna yang indah bak bintang berkelipan yang menghiasi keindahan malam seperti mana dikau membawa kebahagiaan kepadaku, menyinari malam sepi umpama bulan mengambang seperti mana dikau membawa senyuman kepada ku. Menutupi kesakitan hidup yang menimpa diriku ini umpama awan melindungi langit supaya terus membiru. terima kasih duhai syg. tiada siapa yang aku mahu selain kamu. Setiap lafaz yang ikhlas hanyalah pada mu. Meski pun kesakitan terselit dalam cerita ini tetapi ianya adalah sebuah kepahitan yang akan terbinanya suatu kemanisan. Kau tunggulah aku menjadi imammu. untuk melengkapi satiap hidup hidup mu di samping melengkapi hidupku. kau lah bidadari teragung. tiada tandingan kerana yang aku mahu hanyalah kamu. hanya lah KAMU.

No comments:

Post a Comment