Wednesday, 19 April 2017

dosa

Manusia akan lebih mengingati dosa org terhadap dirinya dan melupakan sejuta kebaikan yang diperolehi dengan mudah. Kerana itu manusia memang tidak pernah cuba untuk menghargai. Manusia mana yang sempurna? Yang boleh menyempurnakan setiap kenalannya dengan tanpa sedikit kecacatan. bolehkah? Hanya Allah S.W.T yang tahu siapa hambaNya. Tapi penerimaan ku tidak pernah pudar dengan semua yang dibicarakan supaya setiap orang berpuas hati dengan keegoaannya. aku hanya mampu mendengar dan menunduk seperti org yang dihentap dengan sebesar dosa. Hina sungguh akan diriku umpama pengemis yang dihalau untuk meminta sedikit makanan. Itu lah yang dapat ku rasa kan selama aku hidup. mulut hanya boleh berkata bahagia tapi hati Allah yang tahu. hari demi hari, semakin suram bahagianya, semakin cacat akan cintanya, semakin pudar kau melihat akan kasihku. tak mengapa duhai kawan, aku mengerti dan redha apa yang telah kau impikan. supaya kau selalu berbahagia semasa aku cuba untuk berjauhan. semoga kau akan sentiasa senyum selepas aku tiada lagi untuk menyambut tangan ketika jatuhmu, menyokong setiap kejayaanmu, mengubati keresahan hati, tidak lagi aku sentiasa memberi kasih yang sepenuhnya seperti sebelum ini. semoga kau mampu terus  bangkit tanpa aku. Ini kerana aku yang menjadi penyebab kau jadi seperti hari ini. maafkan aku duhai kawan.

No comments:

Post a Comment